Stress? take a Rest!
السلام عليکم
Dah lama aku tak update blog aku ni..sibuk sangat dengan kerja.Terakhir aku update tentang basikal anak aku.Kali ni aku nak update tentang percutian aku dengan isteri ke Bandung , Indonesia.Mungkin hangpa ada yang sudah pernah pergi kesana..ada yang belum pernah pergi kesana.
Disini aku nak cerita pengalaman aku dengan isteri kat sana.
30/4/2014 (Rabu)
Hari Pertama
Kami bertolak dari Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang pukul 5.55pagi pada 30.4.2014 transit ke KLIA dan tiba disana pada pukul 6.30 pagi..lepas tu kena lepak kat sana untuk ke Soekarno-Hatta International Airport pulak.
Flight pukul 10.00 pagi.Cemuih gila menunggu di KLIA..makanan yang gila punya mahal,nasib baik kat rumah dah sarapan sikit..kalau tidak masuk angin la perut.Aku dengan isteri pertama kali menjejaki KLIA..maklumlah pertama kali keluar negara..hehehe..sebelum ni hanya menggunakan pernebangan domestik ja.Takda apa pon boleh dibanggakan dengan KLIA,arak boleh diminum ditempat terbuka..inikah wassatiyah yg di laungkan oleh pemimpin kita.
Berbeza dengan Lapangan Terbang Soekarno-hatta,arak hanya dijual didalam premis,tidak diminum ditempat public,walaupun Indonesia sebuah negara yang terlalu liberal...
12:30 pm
Kami sampai di jakarta..disini ahli keluarga tidak dibenarkan masuk kedalam kawasan airport,mungkin mereka nak hindarkan penjaja dan peminta sedekah masuk(idea yang bagus).Nanti aku cerita tentang penjaja,pengemis da penggamen(Tegar la tu).

*pic baru sampai Jakarta.
Kemudian kami bertolak dari jakarta ke bandung menngunakan bas pelancong..perggh..boleh tahan jauh juga jakarta kebandung hmapir 4 jam termasuk kesesakan lalu lintas.Hiway disni dipenuhi lori kecik dan besar..cemuih tengok lori banyak sangat.
Sepanjang perjalanan ditatas hiway di penuhi rumah setinggan yang begitu banyak dicelah bangunan..tapi apa yang aku bangakan disini masjid dan surau juga begitu banyak dan saling berdekatan..

*kotaraya jakarta dari hiway.
Hiway dijakarta di juga dikenakan Tol ok! ..bukan malaysia saja hiway ada tol..kalu tak suka tol kat malaysia,boleh keluar dari malaysia!..so nak pindah kemana..indon pon kena tol..hahahha..
*harga tol kat hiway jakarta bandung.
Kemudian kami berhenti makan kat RNR (tah apa nama kawasan tu)..makan makanan padang..mcm makan berhidang la..tapi kena sembelih la makan tak berbaloi tapi kena sampai Rp83,000..hangpa convert sendiri ke Rm.
*pic makanan padang.
Lebih kurang sejam menjamu selera masakan padang..kami terus kan perjalanan kembali..kali ni permandangan best sikit sebab kami dah melepasi kawasan subbandar..kami memasuki kawasan pedalaman sikit..kawasan bebukit,pemandangan bendang iaitu padi huma..segar sikit mata..apa yang best rumah2 kampung kat sini walaupun buruk tapi beratap genting malah kepok simpan padi pon atap genting..atap genting murah kot kata sana!
Sorry aku tak sempat snap pic,sebab bas bergerak terlalu laju.
Akhirnya kami sampai kebandung lebih kurang pukul 4.30pm waktu indonesia..untuk pengetahuan anda Indonesia awal satu jam dari Malaysia,lebih kurang Malaysia barat dengan Malaysia Timur.
Masuk saja bandar Bandung kami sudah disajikan dengan kesesakan lalu lintas yang melampau..jalan raya di penuhi motorsikal..motorsikal suka2 ja masuk jalan sehala..permandangan dan infrastruktur kat bandung ni lebih kurang mcm bandar Hatyai..cuma bandung mempunyai shopping mall,cafe2 yang ada class saja.
*sekolah di sana.
Destinasi pertama kami,sebuah store kain baju(rumah dijadikan gudang) dalam kawasan perumahan fully guarded..rumah orang2 kaya ni..yang mana tokeynya orang cina(kat mana2 pon cina kuasai ekonomi).
Kat sini takdak yang menarik bagi lelaki macam aku,so aku tak snap gambar pon..tapi menarik bagi orang perempuan..
Destinasi kedua kami memang best,kawasan untuk penggemar barangan kulit..kami tiba disana dalam pukul 8:00 malam.Kiri kanan di penuhi kedai barangan kulit yang ori dan palsu.
Memang betul2 mengujakan aku..kat sini aku beli kasut kulit Pakaloo berharga Rp 449,000..kulit ori la..jenama tu aku tak pasti la Pakalolo ori ka tak?tapi aku beli dalam shopping mall,bukan kedai tepi jalan ok!
Jaket kulit pulak hanya berharga semahal Rp 1,300000 saja..tapirezeki aku dengan jaket bukan kat sini,sebab takdak diskaun ..tp aku beli jgk tapi bukan kat sini..nanti aku cerita.


*Motor kips 150 indon edition
*kasut yang aku beli.brand Pakalolo.
Selesai shopping lebih pukul kurang pukul 9:30 malam,kami bertolak kami bertolak ke restoran Sangkuriang (pernah dengar nama sangkuriang kan) cerita zaman 80an.Restoran ni kalau kat Malaysia bertaraf 31/2 bintang ni..kat depan pintau restoran tu di penuhi penjaja jalanan yang ganggu mood kami nak makan,mcm2 depa jual...mangkaq punya cerita..dalam menu nasi goreng pete(x pernah makan/dengar) aku try order,yang sampai nasi goreng petai..kena tipu aku..rupanya pete tu petai..
Selesai ja bayar makan penjaja ni mula mengganggu kami..sabaq saja la..
*pic aku dlm restoran
Pukul 11:00 malam baru kami bertolak ke tempat penginapan kami(malam baru check in) nama tempat ni Ariandy Boutique..mcm motel la lebih kurang..tapi memang selesa.Masa ni aku memang dah flat la ditambah dengan selsema pulak..selesai mandi terus tidoq..sebelum tu kunci jam pukul 5:00 pagi disebabkan subuh awal satu jam dari Malaysia..tapi pukul 6:30 pagi(waktu malaysia) jugak aku bangun..letih sangat.
*Ariandy Boutique
1/05/2014 (khamis)
Hari kedua
Pukul 8:00 pagi dah standby kat lobi nak breakfast punya pasal,sebelum breakfast siap layap snap pic dengan motor harley classic dulu..
*chevrollet
*Toyota Kijang(innova)
9:00 am (8:00am waktu indon)
Begerak ke gunung berapi tangkuban parahu,perjalanan menganbil masa sejam juga la..disebabkan jalanraya yang jammed gila ditambahkan kota bandung ni jalan sempit ja..sepanjang jalan ke Tangkuban Parahu ni ramai geng2 cyclist MTB memenuhi jalan menuju ke Tangkuban Parahu..
10:30am
Sampai kat kaki gunung tu dah terhidu bau belerang,face mask dijual dengan harga Rp6000..kami tak beli pon.Cuaca kat sini memang best..sejuk macam kat cameron highland.Kena tukar van pulak untuk kepuncak Tangkuban Parahu ni..seperti biasa sampai saja kami diserbu para penjaja jalanan ni..macam kami ni rockstar pulak..aku dan isteri terus hilang mood...malas nak cerita kat sini,memang teruklah penjaja jalanan ni..bangsa lain depa tak ganggu,depa cari orang melayu ja.
12.00pm
Singgah sat di kebun strawberry..ntahapa-apa kebun strawberry ni,nak masuk pon kena duit..tapi strawberry manis sangat2.
12.30pm
Singgah makan kat restoran tradisional SUNDA..lanskap dan rekabentuk restoran ni memang menarik..binaan restoran ni atas kolam yang besar.Kita boleh nampak segala ikan dalam tasik ni.Bumbung pulak menggunakan daun apa entah..rumbia kot?Kat sini Mushollah atau surau open,tiada halangan atau partition antara muslimin dan muslimat.So muslimat jangan la dok salin pakaian dalam ni pulak!
2:00 pm
Kami te.ushbergerak ke Pasar Baru syurga untuk kaum hawa,plaza mempunyai 12 tingkat kesemuanya(cerita pemandu pelancong)..tapi aku tengok button kat lift tu sampai no 8 saja.Mungkin dia kira sekali dengan basement floor dan ground floor kot!.
3:30pm Kami sampai kat sini.
Kat sini segala aneka kain,baju,telekung,tudung jual kat sini..segenap ruang dipenuhi dengan kedai pakaian.
Orang kat sini pulak memang crowded..kebetulan 1mei cuti umum.Mat indon sini kreatif jugak mereka menjual air minuman(air tin,kotak) yang diletakkan dalam kotak polystrene dan ditarik melalui kedai2.Kat malaysia boleh buat ka macam ni?(memang kena halau dengan guard la).
Kat sini juga aku berjaya membeli jaket kulit dengan harga Rp760,000..dari harga asal Rp950,000.
Cantik bangat jaket ni..
Disini kami ganggu lagi oleh penjaja jalanan,penggamen dan peminta sedekah yang tak faham bahasa.Hilang mood dengan perangai depa ni,
*Penggamen ni bukan busking(street perfomance) depa ni pengemis yang menggunakan alat muzik!!!
*Aku upload suasana kat dalam Pasar Baru nih.
*Penggamen
6:30pm
Kami ke Toko Tiga,sebuah premis yang menjual segala jenis jeans(termasuk Levi's) Levi's 501 ja yang murah kat sini..yang lain baik beli kat Malaysia.
Pelancong dari Malaysia pon ramai kat sini.
8:30pm
Begerak untuk makan malam..kesebuah restoran ala coffee house la,fully airconditioned..2 storey..tapi makan kat sini dikira murah dengan tempat yang exclusive pulak tu.Kat Malaysia makanan yang berharga macam ni hanya layak makan di restoran siam tepi jalan saja.Ini yang aku suka tentang Indonesia,makanan murah.
*snap dengan bapak polisi dia liar restoran
10:30pm
Malam ni sampai hotel awal.Mandi,solat terus solat dan tidoq...
2/5/2014(Jumaat)
Hari ketiga
8:00am
Seperti biasa breakfast dulu.Hari ni destinasi disebelah pagi destinasinya PASSION FACTORY OUTLET di Jl. R.E. Martadinata(nama jalan kot).Kat sini sama la mcm factory outlet kat Malaysia,harga pon murah.
Takde yang menarik kat sini.
11:00am
Destinasi yang seterusnya ke Pasar Baru lagi..bosan betul,terpaksa la hadap penjaja,penggamen dan peminta sedekah lagi..takda yang menarik aku dah cerita kat atas..
2:30pm
Kali destinasi kami memang menarik...ke Trans Studio theme park.Lebih kurang macam Universal Studio..Kat Trans Studio ni kira ok ja la..permainan tak banyak.Permainan yang paling best mungkin Roller coster Yamaha..yang lain tu biasa2 aja..
Rekaan dalam tu pulak lebih kurang Unisversal Studio saja..yang tak sempoinya semua permainan dalam bangunan..kecuali roller coster ja..rasa macam malam ja.
Kat sebelah Transtudio ni ada shopping mall..nak masuk pon kena scan badan dulu..mungkin depa takutkan pengganas menyelusup masuk..Shopping mall ni memang 5 star..semua barang mahal2..















*Honda mobilio,kat sini paling murah model auto hanya Rm57,000.
8:00pm
Kami bertolak makan malam di sebuah restoran yang terkenal..celebriti dari Malaysia pon mai makan kat situ(cerita pemandu pelancong)..disebabkan trafic jam dan hujan lebat,pukul 9:00pm juga la kami sampai.
Luaran dan dalaman restoran ni mmg sempoi la..kereta
pelanggan semua mahal2.bermakna restoran ni memang sempoi la.
Kat sini aku order nasi goreng kambing yang berharga Rp38,000 dengan jus durian belanda.Tapi sungguh menghampakan,makanannya tak sesedap mana pon..dah lapar hentam ja la..
10:00pm
Kami bertolak ke hotel..kat hotel prepare siap2 barang2 untuk pulang ke Malaysia besok..nasib baik hotel ada penimbang,boleh la kami timbang lebih tak dari 30kg.Nasib baik dua-dua beg baru 26kg.
Lepas tu teruih tidoq..
7:00am
Seperti biasa breakfast dulu..pagi ni semua muka dah ceria,semua muka sedih..sebab dah nak pulang ke Malaysia.
8:00pm
Shopping terakhir kami tak tau la apa nama tempat tu,kat sini biasa ja..kedai2 pakaian ditepi jalan..takda apa yang menarik.
11:00am
Kami bertolak ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di jakarta..sebelum tu singgah beli(bungkus) makanan tenggahari di sebuah restoran(tak tau nama apa)Kat sini ada jual anak belut goreng..hangpa pernah makan ka belut?aku nak jugak try,tapi geli pulak..so aku ambik ayam bakar ja.
12:30pm
Kami pon memasuki hiway berbayar menuju ke Jakarta..selamat tinggal Bandung..umur panjang aku pi lagi..
Kami berhenti makan dulu di RNR,selesai kami meneruskan perjalanan ke Jakarta.
4:00pm
Kami sampai ke Lapangan terbang soekarno -hatta,disebabkan airport ni di pinggiran kota Jakarta,so kami tak dapat melihat kehebatan kotaraya Jakarta..cuma nampak kejauhan ja..
Kat sini saja perjalanan kami..aku belum sempat mengenal dengan rapat lagi pemandu pelancong kami,beliaulah banyak memberi tips dan penerangan sepanjang aku kat sini..panjang umur kita jumpa lagi bapak rizal!!
4:45pm Selesai urusan tiket dan bagasi..flight kami pukul 6:45pm,boleh la ronda2 kat airport ni.Masa datang hari tu tak sempat nak ronda.Kali ni ronda puas2.
Apa yang menarik kat sini,setiap boarding area ada mushollah(tempat solat)..respek la dengan indon ni..kat malaysia tak tau ada ka tak?
6:45pm
Dah boleh naik kapal terbang,malam ni MAS jamu nasi ayam..x sedap pon..tp makan ja lah..
9:00pm
Dah sampai KLIA,tak sempat nak tidoq..kena tunggu flight pukul 11:00pm pulak untuk ke Penang.Kat sini aku tak mau cerita apa,takdak apa yang menarik pon..
11:00pm
Naik flight,12:00am sampai Penang.Hambar..takdak mood..taktau nak tulis apa lagi.
Apa yang aku tulis dalam blog ni adalah untuk kenangan aku,kawan2 dan hangpa..bila aku tua nanti mungkin aku ada sindrom pelupa,so aku boleh buka blog aku dan ingati kembali kenangan ni..duit boleh dicari tetapi tidak untuk memori..
Mungkin plan akan datang dan ada cadangan dari anggota rombongan akan ke Vietnam pulak.
Insha ALLAH ada rezeki dan kalau tak mati lagi,aku akan turut serta misi akan datang untuk melihat keindahan bumi ciptaan Allah ni..
WASSALAM..